Tq yang emel soalan, even dah lama tak buka emel...
Literature Review?? LW is a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science...
Baca artikel ni untuk panduan penuh menulis LW. Artikel ni lebih fokus kepada kajian, tapi sekiranya untuk tulisan projek, bendanya hampir serupa cuma perlu olah sedikit, akan tunjuk contohnya nanti. --> http://contohtugasan.blogspot.com/2010/10/menulis-kajian-lepas-literature-review.html
Apa yang menarik? Point penting menulis LW ialah:
- Baca tulisan ilmiah berkaitan
- Nilai semua tulisan yang telah dibaca
- Buat ringkasan
- Gabungkan ringkasan dan hasilkan ringkasan dalam bentuk penulisan.
Untuk konteks kajian literatur sistem maklumat, rasanya hampir serupa. Ikut pengalaman masa menulis tesis dulu... ada formula ringkas bahagian ini. Contoh: Sistem A akan dibangunkan dan sistem A hampir sama dengan sistem B, tapi kebanyakan fungsi sistem A lebih baik/banyak dari sistem B.
- Study tentang sistem B
- Bandingkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua sistem. (Sistem A vs Sistem B)
- Then, tuliskan dalam bentuk ringkasan.
- Tulisan tu, selalunya mesti ceritakan secara ringkas kelebihan sistem semasa berbanding sistem yang setara dengannya, tetapi tulisan selalunya mestilah fokus kepada fungsi / kelebihan sistem bukannya terlalu "memuji sistem semasa/dibangunkan" dan "menjatuhkan sistem yang setara"....
- Selalunya untuk setiap satu perbandingan setiap sub topik 1-2 paragraph.
Contoh: E-Learning JAVA
Bab 2 - Kajian Literatur
2.1 Pendahuluan - pendahuluan tentang kaitan kajian literatur dengan projek
2.2 Pengenalan E-Learning - penerangan tentang e-learning
2.3 Jenis-Jenis E-Learning
2.4 Perbandingan E-Learning dengan pembelajaran tradisional
2.5 E-Learning PSP - sudah mula dengan perbandingan projek semasa dengan projek lain
2.6 E-Maya Cikgu Matematik - perbandingan projek semasa dengan projek lain
2.7 E-Learning C++ - perbandingan projek semasa dengan projek lain
2.8 Kesimpulan
Setakat sahaja yang boleh dibantu. Semoga info ini bermanfaat. Sekian, harapnya terjawabla soalan saudari yang mengemel itu.
“I don’t stop when I’m tired. I only stop when I’m done ...
No comments:
Post a Comment