Dear students,
Please download all notes and lab activities.
For laboratory exercises, the marks will be given based on LAB EXERCISE only. Extra Lab Exercise just for your information to resharpen your knowledge.
Download FP303 Material
Tq and Good Luck =)
Love;
Pn Fiza
Monday, January 14, 2013
Thursday, January 3, 2013
GIS dalam Bidang Perancang Bandar
Salam,
I love writting... Idea terkeluar bila terkenangkan kenangan di Terradesic... GIS adalah satu bidang yang sangat menarik. Sebab GIS buat saya sangat 'rajin' study database and php. Faham tentang data. Spatial dan atribut. Seronok belajar tentang spatial data sebab selalu sangat data atribut, sangat bosan. So, ada tak pelajar PTSS / politeknik malaysia nak belajar dan develop Open Source GIS system. Best!!!
PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI
BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN SEMAKAN STATUS GUNA TANAH DALAM BIDANG PERANCANG
BANDAR
Teknologi
Maklumat telah menjadi salah satu medium komunikasi dan ledakan maklumat. ICT
begitu penting sehingga telah menguasai dan memberi dimensi baru kepada
kehidupan manusia. Dalam perancangan bandar, peranan ICT mampu memudahkan pengurusan
dan semakan maklumat. Bidang perancang bandar membolehkan pengguna yang
berkaitan membuat semakan status guna tanah dalam sesebuah perancangan bandar.
Konsep tradisional yang diamalkan ialah semakan dibuat oleh pengguna di
mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jabatan kerajaan berkaitan dan semakan
secara manual akan dilaksanakan. Hal ini bukan sahaja membuang masa, bahkan ia
juga kurang efisyen.
Justeru,
suntikan penggunaan ICT dalam bidang ini memberi kesan yang positif berikutan
peningkatan kualiti pengurusan bidang perancangan bandar. Negara kita telah
mula memulakan langkah ke arah sistem maklumat geografi. Sistem Maklumat
Geografi (GIS) merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang
berfungsi dalam pengurusan maklumat, analisis dan perkongsian maklumat dan
sering dikaitkan dengan data berbentuk peta dan pelan. Penggunaan sistem
memudahkan perkongsian data secara tradisional dikongsi melalui sistem
berasaskan web dan data geospatial dapat dikongsi melalui paparan web. Carian
maklumat akan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas
Sistem
GIS memerlukan empat komponen asas iaitu perkakasan, perisian, data geospatial
(data atribut dan data spatial) dan manusia. Kesemua komponen ini penting dalam
memastikan pembangunan sistem GIS berjalan lancar. Perkakasan yang diperlukan
ilah komputer yang boleh menyokong grafik, mempunyai RAM lebih dari 512Mb dan
saiz storan lebih dari 50Gb. Perisian yang perlu ialah termasuk ArcGIS,
MapGuide (Open Source / Versi 6.x / Enterprise), perisian pangkalan data
seperti MySQL atau Microsoft Access dan pengaturcaraan web seperti PHP. Data
pula terdiri daripada data spatial (ruang) dan data atribut. Data spatial
diproses oleh perisian Mapguide dan data atribut akan masukkan ke perisian
pangkalan data yang dipilih. Komponen manusia pula terdiri daripada pengguna
dan pembangun sistem. Pembangun sistem perlu mahir dalam mengendalikan perisian
GIS.
Aplikasi
GIS mempunyai pelbagai potensi antaranya, meningkatkan pengurusan semakan guna
tanah dalam bidang perancang bandar. Di negara maju, pelajar universiti dan
pensyarah bekerjasama dalam membangunkan model GIS di mana faedahnya dapat dinikmati
oleh masyarakat setempat. Walaupun perkembangan sistem GIS masih belum berada
ditahap yang boleh dibanggakan berikutan sistem GIS memerlukan kos yang agak
tinggi untuk dibangunkan, diharap sistem GIS akan semakin berkembang di
Malaysia. GIS memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya perkembangan teknologi
maklumat di masa kini dan supaya tidak ketinggalan jauh dari negara-negara maju
yang lain.
Welcome December 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, new workplace, new environment, new students... =)
I'm delighted to welcome you all!
Alhamdulillah, new workplace, new environment, new students... =)
I'm delighted to welcome you all!
- FP303 Computer Network - Class DIP3B
- FP303 Computer Network - Class DIH6
- Project Semester 5 and 6
- PA's Student - DIH1
All the best. Study smart and study hard!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Question 1: Introduction to Variable
Based on code below, create a dynamic program that solve problem below: Source Code: #include <iostream> using na...
-
Group No.5 Project: Basic Mileage Calculator Group Member: NAZNI HANI BINTI ARSHAD - POLIMAS NOORAZURA BINTI NATHA @ MOKHTAR - P...
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Welcome December 2013 Session, I'm delighted to welcome you all! FP303 Computer Network - Class...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya ingin bertanya pendapat semua pembaca khususya pelajar dan pensyarah politeknik / IPTA / IPTS. Ap...