Wednesday, December 4, 2013

Welcome 2014 - Pesanan Buat Anak Didikku

Pesanan Buat Anak Didikku...

  1. Bersyukur sebab masih diberi peluang bernafas. Tetapkan matlamat, apa yang kita fikir dan buat, itulah kita pada hari esok dan masa akan datang
  2. Hormatilah orang yang lebih dewasa. Ibu bapa, adik beradik, pendidik kita dan orang disekeliling kita. "Tapi... orang tu pon tak respect kita puan??" - tak mengapa, sebab bukan masalah kita orang tu tak pandai hormat orang lain.
  3. Berkawan dengan orang yang boleh bagi aura positif. "Tapi... yang baik pon kadang-kadang tikam kita dari belakang..." - Maksudnya orang tu belum cukup baik di sisi pencipta. Kita kena berkawan dengan orang yang ada aura positif, mungkin sedikit akan terkena tempias pada kita.
  4. Bila kita ditegur, ambil secara positif. "Saya tak boleh terima cara dia tegur saya, kasar!" - Untunglah ada orang masih tegur kita, tak rugipun berubah
  5. Berusaha jadi lebih cemerlang dari sebelumnya. "Pointer saya asyik rendah jer, kalau saya rajin pon sama ja...." - Jangan macam tu, tidak rugi sesen pun kalau kita berusaha. Sekurang2nya kalau kita tak berjaya pon, tapi kita telah berusaha. Puas hati!
  6. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Belum pasti kita gagal hari ni, kita tak boleh berjaya macam orang lain. Gagal bukan maksudnya berakhir, tetapi permulaan untuk jadi lebih kuat dan hebat.
  7. Sentiasa doakan ibu bapa dan orang2 yang telah berjasa pada diri kita.
  8. Jangan ambil contoh yang tak baik. "Takpe, senior kata tak datang kelas, pensyarah tu tak ok...bla bla bla..." - Itu pendapat dan bahagian dia, tapi untuk kita, kita lebih baik dari dia. Kita juga tak sama dengan dia. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggal.
  9. Saya ingin lebih cemerlang dari sebelumnya. Sebelum exam atau apa2 yang penting, inform parent/penjaga minta dia restu dan doa untuk kita.
  10. Selalu senyum dan berfikiran positif. Muka cantik/handsome kalau aura positif dan senyum tu takde, hilangla cantik/handsome tu. Yang penting, saya nak jadi lebih positif dari semalam.

Sekian, semoga berjaya dalam pelajaran dan perang perubahan. "Tapi... saya nak jadi diri sendiri je... buat apa nak berubah bagai..." - Tak salah pon kita berubah menjadi lebih baik, hanya kita sahaja yang mampu ubah nasib kita. Bukan orang lain!

P/s: Doakan saya sekali.. Sama2 berdoa untuk kawan2 dan orang sekeliling.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Welcome December 2013 Session,

I'm delighted to welcome you all! 

  • FP303 Computer Network - Class DIP3
  • FP332 Desktop Publishing - Class DNS5
  • FP532 Mobile Development - Class DNS6A
  • Project Semester 5 and 6
  • PA's Student - DIH3


Tuesday, November 19, 2013

Java Blended Learning

 Group No.5
Project: Basic Mileage Calculator

Group Member:
NAZNI HANI BINTI ARSHAD - POLIMAS
NOORAZURA BINTI NATHA @ MOKHTAR - POLIMAS
NURHIDAYAH BINTI MOKHTAR - PSP
HAFIZAH BINTI ABDULLAH @ ALI - PTSS
AZMIAH BINTI AZIZ - PTSS





Tuesday, August 13, 2013

FP303 CN: Simplex, Half-Duplex and Full-Duplex

Dear students,

Added information based on data communication. These topic briefly discusses the modes of channel operation namely, simplex, half-duplex and full-duplex operation. Mode of data transmission:



Simplex Transmission

    1. In simplex transmission, data flow only in one direction from the sending device to the receiving device.
    2. Simplex transmission is used only when the sending device does not require a response from the receiving device.
    3. Security systems and fire alarms that contain a sensor use simplex transmission.
    4. Example: Watching television 


Half-Duplex Transmission

    1. In half-duplex transmission, data can flow in either direction -- from the sending device to the receiving device, and back -- but only in one direction at a time.
    2. Many fax machines, credit card verification systems, and automatic teller machines use half-duplex transmission.
    3. Example: Walkie Talkie


Full-Duplex Transmission

    1. In full-duplex transmission, data can flow in both directions at the same time.
    2. A regular telephone line supports full-duplex transmission so that both parties can talk at the same time.
    3. Example: Telephone




    Wednesday, July 24, 2013

    FP332 Lab Exercise 2 - Class DNS5B

    Assalamualaikum

    Dear class,

    Puan ada emergancy hari ni. So class akan diganti oleh Cik Azmiza. Datang class as usual. Please on time. Download soalan Lab di blog dan print. Hantar soalan yang dah ditulis nama masing-masing ke pigeon hole puan di JTMK selewatnya petang ni.

    Soalan Lab 2 - [DOWNLOAD]


    Instruction:
    1. Design your own name card based on question in lab exercise 2
    2. Set the card size to standard size. Use following size : 3.5 x 2 inches (setting using Illustrator)
    3. Design card and use your own name. Example: Hafiz Muhammad, Director
    4. Convert your name card into jpeg/gif/png
    5. Finally, send your lab exercise 2 to my email: hafizahict@gmail.com
    6. Submit your lab exercise 2 question. Print and submit to my pegion hole before 5.00pm.
    7. Submit your design before 26/7/2013, Friday
    Pada emel tu. Pastikan tulis nama penuh, nombor pelajar dan tajuk lab exercise 2.

    Thank you =)


    Love; Pn Fiza


    Monday, July 22, 2013

    MY TIMETABLE JUN 2013

    8.00-9.00
    9.00-10.00
    10.00-11.00
    11.00-12.00
    12.00-1.00
    1.00-2.00
    2.00-3.00
    3.00-4.00
    4.00-5.00
    ISNIN
    FP303
    DIP3
    BKJ3
    FP303
    DIP3
    BKJ3
    FP303
    DIH6
    HPM1
    FP303
    DIH6
    HPM1
    REHAT
    SELASA
    FP303
    DIP3
    MTM
    FP303
    DIP3
    MTM
    FP303
    DIH6
    BKJ3
    FP303
    DIH6
    BKJ3
    RABU
    PROJEK SEM6
    AR101
    DIP1
    AR101
    DIP1
    KHAMIS
    PA
    DIH2
    FP332
    DNS5B
    MTM
    FP332
    DNS5B
    MTM
    FP332
    DNS5B
    MTM
    JUMAAT
    PROJEK SEM5

    Wednesday, July 3, 2013

    Oh My Sketch Book!

    Hello students =)

    Untuk kursus FP332 kelas DNS5B, puan mohon jasa baik anda untuk menyediakan oh my sketch book masing-masing.

    Sketch book tu mesti dah ada at least minggu depan. Sketch book tu mesti bersaiz A4.

    All the best for Desktop Publishing Course.

    Retrieved by mr.google - Andrea Joseph


    "Creativity is just connecting things. When you ask creative people how they did something, they feel a little guilty because they didn't really do it, they just saw something. It seemed obvious to them after a while. That's because they were able to connect experiences they've had and synthesize new things." - Steve Jobs


    Love; Pn. Fiza


    Tuesday, July 2, 2013

    Hello June 2013

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    I'm delighted to welcome you all! 

    • FP303 Computer Network - Class DIP3
    • FP303 Computer Network - Class DIH6
    • FP332 Desktop Publishing - Class DNS5B
    • Project Semester 5 and 6
    • PA's Student - DIH2

    All the best. Study smart and study hard!

    Sunday, February 24, 2013

    3 MINUTES TALK: COMPUTER NETWORK

    Dear Students,

    DIH6 and DIP3B,

    DIH6 - 26/2/2013 (8.00AM - 10.00AM)
    DIP3B - 26/2/2013 (10.00AM - 12.00PM)


    Students should study on words below. On 3 minutes talk session, students should pick randomly a piece of paper (magic paper). Magic paper contains the word below. Student should share their knowledge based on selected ‘magic’ question. If student can’t answer the first ‘magic paper’, students CAN ONLY pick another magic paper.  

    PEER TO PEER
    CLIENT SERVER
    EIA/TIA
    ROUTER
    SWITCH
    BRIDGE
    LAN
    WAN
    MAN
    RING
    PACKET
    FRAME
    BUS
    MESH
    UTP
    STP
    COAXIAL CABLE
    IP ADDRESS
    OSI MODEL
    WIRELESS
    NOISE
    LATENCY
    RFI
    EMI
    SIGNAL
    FIBER OPTIC
    PROTOCOL
    TCP/IP
    ARP
    TCP VS UDP
    CLASS A
    CLASS B
    CLASS C
    UNICAST
    MULTICAST
    BROADCAST
    DNS
    DHCP
    HTTP
    FTP
    SMTP
    POP3
    IMAP4
    RJ45
    LOGICAL VS PHYSICAL NETWORK TOPOLOGY
    CROSSOVER
    STRAIGHT THRU
    VLAN
    NIC

    Sunday, February 17, 2013

    10 Ucapan BERACUN Seorang Penuntut Ilmu


    10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


    1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

    Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

    2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

    Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

    3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

    Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

    4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

    Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

    5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

    Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

    6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

    Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

    7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

    Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

    8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

    Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

    9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

    Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

    10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

    Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


    Monday, January 14, 2013

    Reminder: FP303 Students

    Dear students,

    Please download all notes and lab activities.

    For laboratory exercises, the marks will be given based on LAB EXERCISE only. Extra Lab Exercise just for your information to resharpen your knowledge.

    Download FP303 Material

    Tq and Good Luck =)


    Love;
    Pn Fiza




    Thursday, January 3, 2013

    GIS dalam Bidang Perancang Bandar


    Salam,

    I love writting... Idea terkeluar bila terkenangkan kenangan di Terradesic... GIS adalah satu bidang yang sangat menarik. Sebab GIS buat saya sangat 'rajin' study database and php. Faham tentang data. Spatial dan atribut. Seronok belajar tentang spatial data sebab selalu sangat data atribut, sangat bosan. So, ada tak pelajar PTSS / politeknik malaysia nak belajar dan develop Open Source GIS system. Best!!!


    PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN SEMAKAN STATUS GUNA TANAH DALAM BIDANG PERANCANG BANDAR

    Oleh: Hafizah Abdullah @ Ali


    Pic retrieved from mr google

    Teknologi Maklumat telah menjadi salah satu medium komunikasi dan ledakan maklumat. ICT begitu penting sehingga telah menguasai dan memberi dimensi baru kepada kehidupan manusia. Dalam perancangan bandar, peranan ICT mampu memudahkan pengurusan dan semakan maklumat. Bidang perancang bandar membolehkan pengguna yang berkaitan membuat semakan status guna tanah dalam sesebuah perancangan bandar. Konsep tradisional yang diamalkan ialah semakan dibuat oleh pengguna di mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jabatan kerajaan berkaitan dan semakan secara manual akan dilaksanakan. Hal ini bukan sahaja membuang masa, bahkan ia juga kurang efisyen.

    Justeru, suntikan penggunaan ICT dalam bidang ini memberi kesan yang positif berikutan peningkatan kualiti pengurusan bidang perancangan bandar. Negara kita telah mula memulakan langkah ke arah sistem maklumat geografi. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi dalam pengurusan maklumat, analisis dan perkongsian maklumat dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta dan pelan. Penggunaan sistem memudahkan perkongsian data secara tradisional dikongsi melalui sistem berasaskan web dan data geospatial dapat dikongsi melalui paparan web. Carian maklumat akan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas

    Sistem GIS memerlukan empat komponen asas iaitu perkakasan, perisian, data geospatial (data atribut dan data spatial) dan manusia. Kesemua komponen ini penting dalam memastikan pembangunan sistem GIS berjalan lancar. Perkakasan yang diperlukan ilah komputer yang boleh menyokong grafik, mempunyai RAM lebih dari 512Mb dan saiz storan lebih dari 50Gb. Perisian yang perlu ialah termasuk ArcGIS, MapGuide (Open Source / Versi 6.x / Enterprise), perisian pangkalan data seperti MySQL atau Microsoft Access dan pengaturcaraan web seperti PHP. Data pula terdiri daripada data spatial (ruang) dan data atribut. Data spatial diproses oleh perisian Mapguide dan data atribut akan masukkan ke perisian pangkalan data yang dipilih. Komponen manusia pula terdiri daripada pengguna dan pembangun sistem. Pembangun sistem perlu mahir dalam mengendalikan perisian GIS.

    Aplikasi GIS mempunyai pelbagai potensi antaranya, meningkatkan pengurusan semakan guna tanah dalam bidang perancang bandar. Di negara maju, pelajar universiti dan pensyarah bekerjasama dalam membangunkan model GIS di mana faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat. Walaupun perkembangan sistem GIS masih belum berada ditahap yang boleh dibanggakan berikutan sistem GIS memerlukan kos yang agak tinggi untuk dibangunkan, diharap sistem GIS akan semakin berkembang di Malaysia. GIS memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya perkembangan teknologi maklumat di masa kini dan supaya tidak ketinggalan jauh dari negara-negara maju yang lain.



    Welcome December 2012

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Alhamdulillah, new workplace, new environment, new students... =) 

    I'm delighted to welcome you all! 

    • FP303 Computer Network - Class DIP3B
    • FP303 Computer Network - Class DIH6
    • Project Semester 5 and 6
    • PA's Student - DIH1

    All the best. Study smart and study hard!


    Question 1: Introduction to Variable

    Based on code below, create a dynamic program that solve problem below: Source Code: #include <iostream> using na...