Sunday, February 24, 2013

3 MINUTES TALK: COMPUTER NETWORK

Dear Students,

DIH6 and DIP3B,

DIH6 - 26/2/2013 (8.00AM - 10.00AM)
DIP3B - 26/2/2013 (10.00AM - 12.00PM)


Students should study on words below. On 3 minutes talk session, students should pick randomly a piece of paper (magic paper). Magic paper contains the word below. Student should share their knowledge based on selected ‘magic’ question. If student can’t answer the first ‘magic paper’, students CAN ONLY pick another magic paper.  

PEER TO PEER
CLIENT SERVER
EIA/TIA
ROUTER
SWITCH
BRIDGE
LAN
WAN
MAN
RING
PACKET
FRAME
BUS
MESH
UTP
STP
COAXIAL CABLE
IP ADDRESS
OSI MODEL
WIRELESS
NOISE
LATENCY
RFI
EMI
SIGNAL
FIBER OPTIC
PROTOCOL
TCP/IP
ARP
TCP VS UDP
CLASS A
CLASS B
CLASS C
UNICAST
MULTICAST
BROADCAST
DNS
DHCP
HTTP
FTP
SMTP
POP3
IMAP4
RJ45
LOGICAL VS PHYSICAL NETWORK TOPOLOGY
CROSSOVER
STRAIGHT THRU
VLAN
NIC

Sunday, February 17, 2013

10 Ucapan BERACUN Seorang Penuntut Ilmu


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


Monday, January 14, 2013

Reminder: FP303 Students

Dear students,

Please download all notes and lab activities.

For laboratory exercises, the marks will be given based on LAB EXERCISE only. Extra Lab Exercise just for your information to resharpen your knowledge.

Download FP303 Material

Tq and Good Luck =)


Love;
Pn Fiza




Thursday, January 3, 2013

GIS dalam Bidang Perancang Bandar


Salam,

I love writting... Idea terkeluar bila terkenangkan kenangan di Terradesic... GIS adalah satu bidang yang sangat menarik. Sebab GIS buat saya sangat 'rajin' study database and php. Faham tentang data. Spatial dan atribut. Seronok belajar tentang spatial data sebab selalu sangat data atribut, sangat bosan. So, ada tak pelajar PTSS / politeknik malaysia nak belajar dan develop Open Source GIS system. Best!!!


PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSAN SEMAKAN STATUS GUNA TANAH DALAM BIDANG PERANCANG BANDAR

Oleh: Hafizah Abdullah @ Ali


Pic retrieved from mr google

Teknologi Maklumat telah menjadi salah satu medium komunikasi dan ledakan maklumat. ICT begitu penting sehingga telah menguasai dan memberi dimensi baru kepada kehidupan manusia. Dalam perancangan bandar, peranan ICT mampu memudahkan pengurusan dan semakan maklumat. Bidang perancang bandar membolehkan pengguna yang berkaitan membuat semakan status guna tanah dalam sesebuah perancangan bandar. Konsep tradisional yang diamalkan ialah semakan dibuat oleh pengguna di mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jabatan kerajaan berkaitan dan semakan secara manual akan dilaksanakan. Hal ini bukan sahaja membuang masa, bahkan ia juga kurang efisyen.

Justeru, suntikan penggunaan ICT dalam bidang ini memberi kesan yang positif berikutan peningkatan kualiti pengurusan bidang perancangan bandar. Negara kita telah mula memulakan langkah ke arah sistem maklumat geografi. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi dalam pengurusan maklumat, analisis dan perkongsian maklumat dan sering dikaitkan dengan data berbentuk peta dan pelan. Penggunaan sistem memudahkan perkongsian data secara tradisional dikongsi melalui sistem berasaskan web dan data geospatial dapat dikongsi melalui paparan web. Carian maklumat akan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas

Sistem GIS memerlukan empat komponen asas iaitu perkakasan, perisian, data geospatial (data atribut dan data spatial) dan manusia. Kesemua komponen ini penting dalam memastikan pembangunan sistem GIS berjalan lancar. Perkakasan yang diperlukan ilah komputer yang boleh menyokong grafik, mempunyai RAM lebih dari 512Mb dan saiz storan lebih dari 50Gb. Perisian yang perlu ialah termasuk ArcGIS, MapGuide (Open Source / Versi 6.x / Enterprise), perisian pangkalan data seperti MySQL atau Microsoft Access dan pengaturcaraan web seperti PHP. Data pula terdiri daripada data spatial (ruang) dan data atribut. Data spatial diproses oleh perisian Mapguide dan data atribut akan masukkan ke perisian pangkalan data yang dipilih. Komponen manusia pula terdiri daripada pengguna dan pembangun sistem. Pembangun sistem perlu mahir dalam mengendalikan perisian GIS.

Aplikasi GIS mempunyai pelbagai potensi antaranya, meningkatkan pengurusan semakan guna tanah dalam bidang perancang bandar. Di negara maju, pelajar universiti dan pensyarah bekerjasama dalam membangunkan model GIS di mana faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat. Walaupun perkembangan sistem GIS masih belum berada ditahap yang boleh dibanggakan berikutan sistem GIS memerlukan kos yang agak tinggi untuk dibangunkan, diharap sistem GIS akan semakin berkembang di Malaysia. GIS memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya perkembangan teknologi maklumat di masa kini dan supaya tidak ketinggalan jauh dari negara-negara maju yang lain.



Welcome December 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, new workplace, new environment, new students... =) 

I'm delighted to welcome you all! 

  • FP303 Computer Network - Class DIP3B
  • FP303 Computer Network - Class DIH6
  • Project Semester 5 and 6
  • PA's Student - DIH1

All the best. Study smart and study hard!


Wednesday, December 12, 2012

import_request_variables

Sangat lama tidak post any text/news or apa-apa jer la...

Alhamdulillah sudah selesai 'berhijrah'. Even still ambik masa lagi... Tapi syukur, semuanya OK. Selamat tinggal PUO yang disayangi. Dan semoga penghijrahanku ke PTSS memberi sesuatu untuk aku dalam kerjaya yang disayangi ini....

Already finished my inovation project, Syslab Version 1.0, a simple system. Thanks Afifah and Nurul. Project ni bermula di PPK, course yang aku attend yang memaksa kita prepare one project in 1 day. So far so good.
Credit to mr.google

Straight to my posting today.... one of my friend, found this!! 

import_request_variables - error bila dia tolong configure syslab. 

Rupanya, aku terlupa tentang sesuatu.... Lets we learn more on import_request_variables

Tujuan import_request_variables ialah untuk import semua variables berjenis POST/GET/COOKIE ke global scope. Maksudnya, semua variable yang kita hantar, kalau berjenis local akan terus ditukarkan ke global scope variable. 

More examples, baca article ni. Very helpful - http://php.net/manual/en/function.import-request-variables.php

Tetapi, kenapa ada error/warning??


Sebabnya import_request_variables hanya boleh digunakan untuk versi  PHP bermula 4.1.0 hingga kurang dari versi 5.4. Maybe my friend dah install versi PHP yang lebih latest... Ada suggestion untuk fix error, saya search di internet jer. 


1) Remove the import_request_variables string from the disable_functions at php.ini* file
2) Ask your hosting provider to remove the string above if you don't have an access to the php.ini* file
3) Change hosting provider which allows the running of the import_request_variables function.

That all... So, solution untuk syslab? Just  comment code tersebut sahaja, and your program should be ok. Why i love error? Because i 'll learn something....

Ok, Bye... see u next entry =)

Friday, November 9, 2012

Mobile Web Design (JQuery Mobile Framework)

Dear all,

Especially for students who interested to learn on JQUERY MOBILE WEB FRAMEWORK... Beside JQuery Mobile, you also can use Zepto, DynamicX, Sencha, iWebKit and others framework.

First step to learn mobile web is to understand the mobile framework. Same as HTML, you also must understand the framework of HTML5 and CSS3 to start create your own mobile web.

Example: Using JQUERY mobile - Create Mobile JTMK Website

1. Download the builder http://jquerymobile.com/download/ - Javascript and CSS
2. Install your web server
3. Create your html file, then copy and paste snippet. (your .css and .js stored on htdocs/www, example: mjtmk folder and create a single js and css folder inside mjtmk)

Download here http://code.jquery.com/mobile/1.2.0/jquery.mobile-1.2.0.zip

htdocs/mjtmk/css - css file
htdocs/mjtmk/js - javascript file
htdocs/mjtmk - your html/php file
htdocs/mjtmk/image - your images folder

Alter your head of html file and insert the snippet below:

4.  After you insert the snippet, then start learn on HTML5 codes. For the beginner, i think this website help us a lot. http://iviewsource.com/coding/5-minute-guide-to-a-mobile-app-with-jquery-mobile/



Good Luck....

Time to say goodbye to all my PUO students and beloved friends. Allah Bless all of you...

Work hard and work smart =)





Question 1: Introduction to Variable

Based on code below, create a dynamic program that solve problem below: Source Code: #include <iostream> using na...